| |
Prospektus IPO Litespeed Education akhir bulan
Oleh
Anida Salwani Abdul Hadi
LITESPEED Education Technologies Bhd (LET), yang terbabit
dalam pembangunan teknologi untuk e-pendidikan akan melancarkan prospektus
bagi tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran
Mesdaq, Bursa Malaysia akhir bulan ini.
Timbalan Ketua Eksekutifnya, Harold Fock Mun Hong, berkata dana
yang akan diraih daripada IPO itu akan membolehkan syarikat melaksanakan
lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengeluarkan
produk bermutu.
Justeru, kami memperuntukkan 40 peratus daripada dana yang akan diraih
daripada IPO itu untuk tujuan R&D,katanya kepada Berita Harian di
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, LET turut merancang menggunakan sebahagian dana itu untuk
membuka pejabat serantau sejajar usahanya untuk meluaskan eksport.
Ketika ini, pasaran antarabangsa Litespeed adalah Singapura, Hong Kong
dan Indonesia.
Lagi meningkatkan keupayaan produk sedia ada, LET dijangka menjalinkan
lebih banyak usaha sama untuk mengeluarkan kandungan e-pendidikan yang
bersesuaian untuk pelbagai peringkat usia pelajar,?katanya.
Produk LET yang diintegrasikan dengan Sistem Penilaian Pendidikan Diagnostik
(DTAS) dan Sistem Penanda Penilaian Kandungan Pintar (ICAM) membolehkan
guru mengenal pasti kelemahan pelajar selain mencadangkan bimbingan bersesuaian
untuk memperbaiki prestasi.
Sempena penyenaraiannya di Bursa Malaysia, LET menawarkan 32.5 juta saham
biasa baru pada harga terbitan 47 sen sesaham.
Daripada jumlah itu, lima juta saham untuk langganan awam; 4.24 juta
diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan rakan niaga LET serta anak
syarikatnya manakala 23.25 juta lagi akan ditawarkan kepada pelabur persendirian. |
|