Utusan Malaysia Online - 28th October 2005
 
 
 
 
Litespeed labur RM16.2 juta

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pembekal rumusan e-pembelajaran Litespeed Education Technologies Bhd. bercadang menggunakan RM16.2 juta daripada hasil tawaran awam permulaannya (IPO) untuk pengembangan serantau dan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Daripada jumlah ini, RM8.5 juta akan disalurkan kepada pengembangan perniagaan termasuklah menubuhkan pejabat-pejabat serantau di Hong Kong, Vietnam dan China dalam tempoh dua tahun ini dan baki RM7.7 juta untuk perbelanjaan R&D, kata Ketua Pengarah Eksekutifnya, Pok Vic Tor.

Syarikat dijangka menjana sejumlah RM20.55 juta daripada IPO dan terbitan hak yang mana ia melibatkan terbitan 32.5 juta saham biasa, 10 sen setiap satu pada harga 47 sen.

Saham syarikat itu dijangka disenaraikan di Pasaran Mesdaq Bursa Malaysia pada 24 November 2005.

 
 
 


Terms & Conditions | Privacy Policy